Thursday, November 27, 2008

penaaaAaAaAaAttttttt.......

Dah lama aku x update bl0g ni..Bkn lupe tp xsmpt.Mmg xsmpt sgt.Skrg ni aku still keje 7e w/pun xsuke dgn b0s aku..veeeery B0SSY! Lg plak skrg ni dh xd staf (staf lame smua dia dh buang..tggl aku n dak p/time je..) Xpasal2 skrg kna keje 1 hari 12jam..penat gile!
Msti ade yg tnye nape xbrenti je..Aku mmg nk brenti tp bapak aku plak xbg sbb dia letak nama aku as guarantor utk loan umah akk aku...Arrrggghhhh..!!!!Tensi0nnyeee!

Saturday, November 1, 2008

yoga itu haram????

wahai umat manusia sekalian...

aku btol2 tkejut dan tkujat bila dpt tau yg "yoga itu haram".statement mcm ni sbnrnye sedikit sebanyak boleh mpengaruhi kehidupan harian seseorang.aku bukan pengamal yoga tapi dr ape yg aku bace n lihat di sekeliling,aku boleh wat beberapa keputusan yg mmg sgt bercanggah dengan keputusan fatwa.
aku mmg BANTAH dengan fatwa yg dikeluarkan ttg yoga ni.bukan sbb aku berilmu terlalu tggi dan bkn kerana sepupu aku pengamal yoga.tp semua pendapat ni adalah pendapat dari aku sendiri dan tak berniat ape² mahupun mengganggu/mempertikaikan mane² pihak.kita hidup di bumi Malaysia yg terkenal dengan demokrasi dan hak bebas bersuara.

1. aku setuju dgn ape yg idea dari http://sites.netscape.net/penkatali atau boleh jugak dibaca dari web ini.

2.
""Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkannya. "Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa. Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan tuhan," kata Prof Zakaria.""
Bagaimana boleh kaitkan amalan yoga dengan pemesongan akidah Islam?Dalam Islam sendiri terdapat istilah yang disebut sebagai "adat menjadi hukum" iaitu Uruf.aku tidak begitu arif tapi apa yg aku dapat simpulkan ialah amalan yoga yg dipraktiskan oleh masyarakat kini sudah menjadi salah satu teknik senaman yg hasilnya mendatangkan banyak kebaikan. Selain itu, yoga yg diamalkan kini tidak diiringi dengan sebarang mantera mahupun daya pemikiran berteraskan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa sebagaimana masyarakat Hindu.

3. Islam menggalakkan umatnya bersenam dan beriadhah supaya fizikal dan mental menjadi lebih cerdas dan cergas.Islam juga menuntut umatnya sihat tubuh badan agar dapat menjalani ibadah harian dengan lebih mudah,teratur dan lancar tanpa sebarang masalah.bukankah yoga juga tergolong dalam kategori senaman?fkirkan lah...

4. kepada pengamal yoga yang beragama Islam, semestinya mereka tahu yg gerakan² dalam yoga ada menyerupai gerakan dalam Solat.ingat!!!yoga yg menyerupai solat dan BUKAN SOLAT MENYERUPAI YOGA!!! ini dibuktikan dengan penyebaran agama Islam yg tersebar luas di seantero dunia sejak sebelum bermulanya amalan yoga dan sebelum adanya agama Hindu.mungkin ada yg tidak perasan bahawa sekiranya anda dapat melakukan gerakan² yoga,pastinya anda dapat melakukan gerakan Solat tanpa sebarang masalah seperti Ruku' dan sebagainya.mereka yg sakit² sendi pastinya tidak dapat Ruku' atau membuat gerakan dalam Solat dengan SEMPURNA.

Sebenarnya banyak lg idea² yg nk ditulis kat cni tapi rasanya cukup la dgn butir² yg ada kat cni.yg ade ni dah cukup sebagai alasan aku untuk mengatakan yang "yoga itu TIDAK HARAM"

SEKIAN.WALLAHUA'LAM.






Sunday, October 26, 2008

open house lagi..

penatnye tak terkata hari ni..
mane taknye..tghr td g open house tmpt uncle mat n mak jun kat ofis diorg kat pontian.punye lah sarat 1 keta naik 5 org..naseb baek abah n mak tumpang tok rahmat.sampai je kat sane, ramai sgt org dah memenuhi ruang.syok sgt mkn smpi xingat nak amek gmbr pun..dah abes mkn baru teringat nak tulis ape kat blog ari ni..so lepas mkn sempat la aku amek beberapa gmbr.. antaranya:












dah abes makan..














with ayiet














kak pid and hubby













haaa..these 3 cute girls are.....
baby izzati, ifa and her sister kayyshah.

Saturday, October 25, 2008

demam... :((

demam..satu penyakit yang sangat aku tak brape gemar..
tp kali ni aku demam tak teruk sgt,cuma batuk² je..
ni smua gara² mlm kelmarin(night shift khamis).tgh aku syok² stocking air kat backroom,
tiba²....arrgghhh!!gedebuk!!
aku tpijak troli (nnt aku post gmbr troli tu dlm entry lain) and aku terrgelincir..
aduhhh...sakitnye Tuhan je yg tau..lepas dari tu, aku dah mula rasa
seramsejuk..confirm demam nihh...nasib baik aku smlm aku pnye offday..
dapat la rest.tp angan² je rest tu sbb tghr tu anak² saudaraku dtg..










afi and ifa..
gmbr raya 2 tahun lepas

nasib baik arini dpt MC..so leh lepak je kat umah..(nak g open house sebenarnye..hehehe...)

Friday, October 24, 2008

talam 2 muka

penat balik keje tak ilang lagi tapi dah duduk ngadap pc plak..
hari ni 1st time aku akui aku jadi talam dua muka.ni semua gara² dapat bos baru yang xbrape best.aku tpaksa jadi talam dua muka semata² sebab nak kaut semua cerita n komen² pedas tentang stor aku..(lupe nak inform,aku ni keje 7-11 xxxxx xxx).secara tak langsung aku dapat kenal ragam n kerenah bos baru ni.dan dari situ jugak aku dapat tau yang dia ni suka memperlekehkan n memperkecilkan orang lain.harap lepas ni aku bleh amek iktibar supaya aku tak jadi orang yang berperangai seperti dia..Insya-Allah..